Thursday 31 March 2011

Jibril AS, Kerbau, Kelawar, dan Cacing

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.
 
Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.
 
Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Sumber: http://www.tranungkite.net/teladan/teladan44.htm

Gurau dan Canda Rasulullah SAW

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.

Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,
"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.
"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.
"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".
"Ia tidak mampu".
Para sahabat yang berada di situ berkata,
"bukankah unta itu juga anak unta?"

 
Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".
"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".
"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.

Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua". Perempuan itu lalu menangis. Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini, Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

Sumber: http://www.tranungkite.net/teladan/teladan49.htm

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah s.w.t.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
 
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
 
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Sumber: http://www.tranungkite.net/teladan/teladan24.htm

Kisah Cinta Zainab

Kisah Zainab binti Muhammad adalah contoh terbaik dalam memperkatakan kesetiaan seorang isteri, keikhlasan cinta dan ketulusan iman. Zainab merupakan puteri sulung Muhammad bin Abdullah dan Khadijah binti Khuwailid, yang dilahirkan selepas dua tahun perkahwinan ibu bapanya. Ketika itu Muhammad berusia 27 tahun, sementara Khadijah 42 tahun.

Kelahiran Zainab memberikan kegembiraan yang tidak terhingga kepada ibu bapanya walaupun masyarakat jahiliah ketika itu tidak menyukai anak perempuan. Zainab menjadi remaja yang tertib hasil didikan orang tuanya. Dia dikagumi kerana cekal menguruskan adik-adiknya disebabkan usia Khadijah ketika itu agak lanjut. Ketika tiba usia perkahwinan, ibu saudaranya, Halah binti Khuwailid, telah melamar gadis itu untuk puteranya, Abu al-'Ash bin Rabi'. Perkahwinan Zainab dilangsungkan meriah dan ibunya memberikan seutas kalung sebagai hadiah perkahwinan. Pasangan ini dianggap ideal dan mereka hidup aman bahagia.

Ketika Muhammad berusia 40 tahun, baginda diangkat sebagai Rasulullah. Zainab antara orang yang terawal mengikut jejak langkah bapanya menerima Islam. Bagaimanapun Abu al'Ash enggan memeluk Islam dengan pelbagai alasan. Sebagai isteri, Zainab tidak dapat berbuat apa-apa tetapi dia masih tinggal serumah dengan suaminya. Lagipun ketika itu belum ada wahyu yang melarang suami isteri yang tidak seagama tinggal serumah. Ketika bapanya berhijrah ke Madinah, Zainab tidak turut serta kerana masih setia kepada suaminya.

Perang Badar meletus pada tahun ke-2 Hijrah /624 Masihi. Kaum musyrikin kalah teruk dalam pertempuran itu dan ramai yang menjadi tawanan di Madinah. Salah seorangnya adalah Abu al-'Ash, suami Zainab, menantu Rasulullah. Ketika mendengar suaminya menjadi tawanan bapanya di Madinah, Zainab telah mengirimkan kalung hadiah ibunya sebagai bayaran tebusan suaminya. Menitis air mata Rasulullah kerana baginda mengenali pemilik kalung itu dan memahami cinta Zainab terhadap suaminya.

Kaum muslimin bersetuju memulangkan kalung itu kepada Zainab dan membebaskan Abu al-'Ash. Kepulangan suaminya disambut gembira. Bagaimanapun dia amat terkejut apabila Abu al-'Ash menceraikannya. Abu al-'Ash memberitahu perceraian itu atas arahan Rasulullah berikutan turun wahyu yang melarang suami isteri tinggal bersama selepas salah seorangnya memeluk Islam. Kerana itu Abu al-'Ash mesti menceraikan Zainab dan memulangkan isterinya kepada bapanya di Madinah.

Kedua-dua suami isteri ini tidak dapat menahan kesedihan masing-masing apatah lagi kerana Zainab sedang hamil empat bulan. Abu al-'Ash tidak tergamak untuk mengiringi Zainab keluar Mekah, lantas mengamanahkan adiknya Kinanah menghantar Zainab ke sana. Dia berpesan supaya melindungi Zainab dan mempertahankan wanita itu dengan nyawa. Sementara di luar kota Mekah, Zaid bin Harisah dan seorang lelaki Ansar menjadi wakil Rasulullah untuk membawa puteri baginda ke Madinah.

Kaum kafir Quraisy mendapat tahu mengenai keberangkatan itu. Mereka keluar mencari Zainab dan bertembung dengannya di Dzi Thuwa. Untanya ditombak menyebabkan Zainab terjatuh dan mengalami keguguran. Abu Sufyan yang turut serta dalam kumpulan lelaki Quraisy itu memberitahu Kinanah bahawa tindakannya membawa Zainab keluar pada waktu siang adalah tidak tepat kerana ia akan menambahkan lagi malu mereka selepas kekalahan Perang Badar. Zainab pun dibawa balik ke Mekah untuk dirawat dan diserahkan kepada wakil Rasulullah pada sebelah malam.

Kedatangan Zainab ke Madinah disambut penuh gembira oleh masyarakat Madinah. Bagaimanapun Zainah dan Abu al-'Ash masih merindui satu sama lain dan sentiasa berharap untuk bersama semula. Pada tahun ke-6H, Abu al-'Ash mengikut satu rombongan dagang ke Syam. Dalam perjalanan pulang, rombongan mereka ditahan orang Islam dan semua hasil dagangannya dirampas. Dia tidak berani pulang ke Mekah dengan tangan kosong kerana dia tahu ramai yang sedang menanti untuk mendapatkan wang masing-masing.

Abu al-'Ash teringat bekas isterinya dan cuba meminta pertolongan. Dia menyusup masuk ke Madinah pada waktu malam dan meminta Zainab melindungi serta mendapatkan hartanya yang dirampas. Kerana cinta, Zainab berikrar membantu Abu al-'Ash. Rasulullah mendapat tahu hal itu dan menasihatkan puterinya bahawa Abu al-'Ash haram baginya sebelum dia memeluk Islam.

Bagaimanapun baginda faham bahawa puterinya itu masih mempunyai perasaan terhadap bekas suaminya dan pengorbanan besar Zainab terhadap Islam. Zainab akur dengan arahan bapanya dan menyerahkan Abu al-'Ash kepada orang Islam untuk dihukum. Abu al-'Ash ditanya kesediaannya untuk memeluk Islam tetapi katanya, dia perlu memulangkan hasil dagangan itu kepada rakyat Mekah terlebih dahulu supaya tidak digelar pengkhianat. Jika dia memeluk Islam dahulu, imej Islam pasti akan tercemar.
Harta itu dipulangkan kepada Abu al-'Ash. Dia kembali ke Mekah membahagikan hasilnya kepada rakyat dan dipuji kerana amanahnya. Selesai tugasnya, Abu al-'Ash mengumumkan pengislamannya dan berhijrah ke Madinah. Pasangan itu dikahwinkan semula mengikut syarak dan hidup bahagia. Kesan keguguran yang pernah dialami Zainab menyebabkan kesihatannya terganggu. Dia meninggal dunia
ada tahun ke-8H, diikuti suaminya empat tahun kemudian. Sehingga kini Zainab dikenang sebagai seorang isteri yang setia, juga taat kepada Islam.


Sumber: http://musafirditanahgersang.blogspot.com/

Kisah Nafsu Yang Degil Akan Perintah Allah

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Sumber: http://halaqah.net/

Al-Quran Sebagai Pembela Di Akhirat

Abu Umamah r.a. berkata:"Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan al-Quran."

Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Belajarlah kamu akan al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang itu sangat memerlukannya." ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya,"Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab: "Siapakah kamu?" Maka berkata al-Quran:"Aku yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca al-Quran itu:" Adakah kamu al-Quran?" Lalu al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membacanya mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudia di meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya:"Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab:"Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari al-Quran."

Sumber: http://halaqah.net/

Menanti Turunnya Ababil

“Ketika aku melihatmu tadi, aku takjub dan segan kepadamu. Namun setelah mendengar permintaanmu ini, pandanganku terhadapmu sama sekali berubah. Engkau sama sekali tidak memiliki harga diri.”
Demikianlah kata-kata yang terpacul keluar dari mulut seorang insan yang telah tercatat namanya dalam lipatan sejarah iaitu Raja Abrahah bin Asyram yang telah memimpin satu gerakan ketenteraan dari Yaman untuk memusnahkah Kaabah di Mekah. Kata-kata yang cukup pedih itu telah ditujukan kepada seorang pemimpin masyarakat Mekah yang cukup disegani oleh kawan dan lawan satu ketika dahulu iaitu Abdul Muthalib.

Sebelum memasuki Mekah, Abrahah telah merampas kira-kira 200 ekor unta milik Abdul Muthalib. Setelah itu, Abrahah bersedia untuk melakukan serangan terhadap bumi Mekah. Tetapi, sebelum itu, beliau telah didatangi oleh Abdul Muthalib yang merupakan datuk kepada Rasulullah saw bertujuan untuk berunding dengan Abrahah. Abrahah menyambut Abdul Muthalib dengan penuh hormat lantaran perasaan segan dan takzim beliau terhadap Abdul Muthalib selaku pemimpin mekah yang berkarisma pada waktu itu.

Akan tetapi, setelah ditanya mengenai hajat kedatangan Abdul Muthalib tersebut, Abdul Muthalib telah menyatakan bahawa tujuan kedatangannya ialah untuk menuntut kembali 200 ekor untuk miliknya yang telah dirampas Abrahah. Lantas Abrahah menjadi terkejut dan beliau mengeluarkan kenyataan sepertimana di atas sebagai reaksi spontan terhadap tindakan Abrahah. Lalu, Abdul muthalib menjawab:

“Sesungguhnya aku ialah pemilik unta-unta itu sedangkan Bitullah itu milik tuhan dan pemiliknyalah yang akan melindunginya.”

Begitulah sikap pasif yang telah ditunjukkan oleh Abdul Muthalib selaku seorang pemimpin di Mekah pada satu ketika dahulu. Malah, sikap pasif dan tiada keyakinan diri itu juga dimiliki oleh penduduk mekah pada waktu itu apabila mereka telah bersembunyi di lereng-lereng bukit sekitar Mekah apabila Abrahah dan angkatan tenteranya telah memasuki Mekah dan ingin menghancurkan Kaabah.

Dengan kuasa Allah, Dia telah mengutuskan barisan tentera-Nya iaitu burung-burung Ababil yang membawa batu-batu yang berapi untuk menghadapi pasukan Abrahah. Peristiwa ini diceritakan dengan jelas oleh Allah swt di dalam al Quran.

“Tidakkah Engkau mengetahui Bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka Dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? Dan ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan. Yang melontar mereka Dengan batu-batu dari sejenis tanah Yang dibakar keras. Lalu ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.”
(al Fiil: 1-5)

Persoalannya, mengapakah pertolongan daripada Allah swt itu turun terhadap kaum yang pasif dan hanya menyerah diri tanpa persediaan sedikit pun? Jawapannya, begitulah sunnah Allah sebelum kelahiran nabi saw. Pertolongan Allah telah dikurniakan walaupun ke atas kaum yang hanya mengalah dan pasif dengan kekuatan musuh. Sunnatullah ini juga telah berlaku terhadap para nabi yang lain sebelum kelahiran nabi saw seperti kaum nabi Nuh yang dikalahkan dengan bencana banjir besar, kaum nabi Luth yang diterbalikkan bumi, kaum nabi-nabi yang lain yang telah berhadapan dengan kezaliman para penentang.

Kisah “tentera Abrahah” yang berjaya
Kalau kisah di atas begitu sebati dalam kalangan umat Islam dan kita mengetahui bahawa penghujungnya ialah penghinaan buat tentera musuh. Saya datangkan anda kisah yang kedua pula iaitu berkenaan peristiwa besar dalam sejarah umat Islam tetapi jarang dibicarakan oleh kebanyakan pihak. Peristiwa tersebut ialah tragedi berdarah di Tanah Haram pada 8 Zulhijjah 317 hijrah yang telah menyebabkan kekalahan kepada umat Islam pada zaman itu.

Tentera Qaramithah (salah satu mazhab Syiah yang paling biadap dan jahat) telah menyerang Masjidil Haram dan Kaabah selain membunuh umat Islam yang sedang dalam musim mengerjakan ibadat haji di Mekah. Mayat kaum Muslimin berselerakan di sekitar Kaabah. Bahkan angkatan tentera biadap ini juga telah mengeluarkan hajarul aswad dari tempatnya dan merampasnya selama kira-kira 22 tahun dan dalam jangka masa itu juga umat Islam telah bertawaf tanpa hajarul aswad.

Salah seorang tentera yang merampas hajarul aswad telah berdiri dan mengangkatnya ke lagit sambil berkata dengan penuh kekufuran: “Di mana burung-burung Ababil itu? Di mana batu-batu panas yang berasal dari tanah yang dibakar itu? Burung-burung Ababil tak kunjung turun dan batu-batu panas yang berasal dari tanah yang dibakar juga tidak dilemparkan.”

Kisah ini kurang popular dalam kalangan umat Islam sedangkan tragedi hitam itu merupakan antara peristiwa penting dalam kalendar umat Islam sepanjang zaman. Saya menukilkan kisah di atas sebagai respon kepada semua bahawa tiada lagi ‘Ababil’ untuk membantu kita memperjuangkan agama Allah ini kerana sunnatullah telah berubah setelah kedatangan Muhammad saw sebagai rasul akhir zaman.

Di manakah engkau hai Ababil?
Sewaktu Kerajaan Abbasiyyah di Baghdad telah diserang oleh tentera Monggol pada 1258, umat Islam telah dijatuhkan dengan penuh penghinaan dan maruah mereka telah dinodai meskipun Kerajaan Abbasiyyah merupakan pemimpin umat yang sangat digeruni sebelum itu. Tetapi, Ababil tetap tidak kunjung tiba, tiada lagi batu-batu panas untuk dilemparkan kepada musuh-musuh Allah. Ratusan ribu umat Islam telah dibunuh oleh tentera Monggol yang dipimpin Hulagu Khan.

Sebelum itu, sekitar 1096-1099 telah berlaku perang salib yang telah menyebabkan kekalahan menimpa umat Islam. Baitulmaqdis yang terdapat di dalamnya Masjidil Aqsa telah dirampas oleh pengganas Kristian. Umat Islam telah disembelih dan dihina sekalipun mereka merupakan umat pilihan (khaira ummah) mengatasi umat-umat yang lain. Namun begitu, status khaira ummah tidak menjadi syarat kepada umat Islam untuk dikirimkan Ababil supaya membantu perjuangan mereka menentang musuh. Umat Islam tetap tewas.

Pada 2 Januari 1492 pula, kubu terakhir umat Islam di Sepanyol iaitu Kerajaan Islam Granada telah diserahkan secara rasmi daripada Raja Abu Abdillah Muhammad 2 (pemerintah terakhir kerajaan Granada) kepada Raja Fernando dan Ratu Isabella yang mewakili kerajaan Kristian. Raja Abu Abdillah yang korupsi dan khianat telah membeli kemewahan dunia dan menyebabkan umat Islam pada waktu itu dihalau dari bumi Sepanyol selain menerima seksaan yang sangat dahsyat. Sebelum itu, beberapa wilayah Islam yang lain di bumi Sepanyol seperti Malaga, Cordoba dan Sevillia telah dirampas oleh tentera Kristian. sekali lagi timbul persoalan, di manakah Ababil yang pernah menjadi tentera Allah satu ketika dahulu? Mengapa Ababil tidak turun mencabar keegoan tentera Portugis yang menawan Kesultanan Islam Melaka pada 1511? Begitu juga dengan tempat-tempat lain di mana umat Islam telah dizalimi sekejam-kejamnya. Di manakah engkau hai Ababil?


Menanti turunnya Ababil

Firman Allah swt dalam surah Muhammad, ayat 7:

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

Umat Islam wajib memahami dan menyedari bahawa mereka tidak lagi berada pada zaman Abrahah. Kita bukan lagi berada pada zaman kaum yang pasif dan hilang keyakinan diri mendapat nusrah (pertolongan) daripada Allah. Sebaliknya inilah zaman yang hanya mengkehendaki mereka yang mempunyai keimanan yang teguh, berjiwa besar, tidak berputus asa, kuat berusaha dan seterusnya bertawakal memohon pertolongan daripada Allah. Apabila syarat-syarat ini dipenuhi, nescaya “sang Ababil” akan bersama-sama kita membantu agama Allah ini.

Inilah yang telah dilakukan oleh Rasulullah saw, para sahabat dan pejuang-pejuang Islam yang terdahulu, lantas menyebabkan “Ababil” turun memenangkan mereka.

Dalam peperangan Badar di mana tentera Islam yang hanya berjumlah 313 dan tanpa alatan perang yang lengkap telah bertempur dengan tentera musuh yang bersenjata lengkap. Mereka tidak takut ataupun bersembunyi di rumah-rumah, sebaliknya mereka telah tampil berhadapan dengan tentera musuh dan akhirnya mendapat kemenangan.Antara tindakan yang diambil tentera Islam sebelum dibantu “Ababil” ialah memilih tempat yang strategik sebagai kubu, keberanian yang luar biasa, membawa senjata perang (walaupun tidak lengkap) dan doa kepada Allah. Mereka tidak sekadar berdoa tanpa sebarang usaha yang lain.
Begitu juga dalam peperangan Ahzab di mana Rasulullah saw telah memilih strategi yang terbaik (membuat parit), sanggup berlapar ketika proses meenggali parit, melakukan upacara baiah dan sumpah setia, kesatuan umat Islam,memiliki perisik yang hebat dan keazaman untuk menang selain berdoa kepada Allah al Aziz. Lantas umat Islam telah mendapat kemenangan dan pertolongan daripada Allah walaupun pakatan kuffar yang berjumlah 10000 orang berganda daripada jumlah tentera Islam sebanyak 3000 orang.

Faktor usaha yang berterusan, strategi yang mantap, kesatuan umat, keazaman yang tinggi dan pengharapan hanya kepada Allah juga merupakan sebab musabab yang membawa kepada kemenangan Islam dalam peperangan dan pertempuran yang lain. “Ababil” turun menunaikan tanggungjawabnya sebagaimana firman Allah dalam surah Muhammad, ayat ketujuh sebentar tadi.Perang Mu’tah, Yarmouk, Ain jalut (1260), Zallaqah (1086), Alarcos (1195), pembukaan Kota Baitulmaqdis (1187), Pembukaan Kota Konstatinopel (1453) dan lain-lain telah mencatatkan tinta emas untuk umat Islam walaupun tentera musuh kelihatan lebih bersedia dengan pelbagai senjata dan bilangan tentera yang berlipat kali ganda.

Hal ini bertepatan dengan kata-kata daripada Ibnu Khaldun dalam kitab Muqaddimah:

“Apabila cukup ramuan untuk sesuatu bangsa itu bangun, tiada sesiapa yang dapat menghalangnya.”

Berdasarkan penulisan di atas, kita pasti memahami dan menginsafi mengenai tanggungjawab dam tugas yang kita wajib laksanakan sebelum mendambakan pertolongan Allah. Ada syarat dan tindakan yang mesti dilakukan sebelum “Ababil” turun bersama-sama kita memperjuangkan Islam. Sikap pasif, mudah berputus asa, bermalas-malasan, inferiority complex, perpecahan dan tidak mentaati syariat Allah merupakan antara tembok yang menghalang kita daripada mendapat pertolongan daripada Allah. Sebaliknya, kita mesti menyediakan ‘umpan dan makanan’ yang digemari ‘Ababil’ supaya pakatan antara kita dan tentera Allah yang lain akan meletakkan Islam di tempat yang tertinggi sebagaimana yang layak. Yang pasti, kita wajib berubah!

Sumber:
http://www.marwanbukhari.com/

Tuesday 29 March 2011

20 Soalan Nabi Muhammad s.a.w. Kepada Iblis Laknatullah

Allah s.w.t. telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. untuk memberitahu segala rahsianya, samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad s.a.w. dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah s.a.w. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras".


Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah s.a.w. dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah s.a.w. Maka sembah Iblis (alaihi laknat), "Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?"Maka jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"


Sembah Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan." Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu" Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.


Soalan Nabi (1) - "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"
Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"


Soalan Nabi ke 2 - "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"
Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."



Soalan Nabi ke 3 - "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"
Jawab Iblis - "Sekalian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah s.w.t. hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kpd hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat.Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."


Soalan Nabi ke 4 - "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?
Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"



Soalan Nabi ke 5 - "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"


Soalan Nabi ke 6 - "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?"
Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."


Soalan Nabi ke 7 - "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"
Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"


Soalan Nabi ke 8 - "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."


Soalan Nabi ke 9 - "Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"
Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar-besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk."


Soalan Nabi ke 10 - "Bagaimana tipudaya engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat" Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur"


Soalan Nabi ke 11 - "Siapa yang serupa dengan engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"


Soalan Nabi ke 12 - " Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"


Soalan Nabi ke 13 - "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"


Soalan Nabi ke 14 - "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."


Soalan Nabi ke 15 - "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."


Soalan Nabi ke 16 - "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"


Soalan Nabi ke 17 - "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"


Soalan Nabi ke 18 - "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"


Soalan Nabi ke 19 - "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf didalamnya"


Soalan Nabi ke 20 - "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda,'Syurga itu di bawah telapak kaki ibu'.

Tanda-Tanda Menjelang Kematian

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI:
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


TANDA 40 HARI SEBELUM MATI:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


TANDA 7 HARI SEBELUM MATI:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI SEBELUM MATI:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI SEBELUM MATI:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Sumber: http://badlihisham.blogspot.com/

Nabi Idris a.s. dan Malaikat Izrail

Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau dantang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?."  Kata Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah.  Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu"  Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?" Jawab Nabi Idris "Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut".


Kata Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang malaikan mendapat izin Allah.  Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyata Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.


Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali.  Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as.  "Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?.  Kata Nabi Idris a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit." 

Kata Malaikat Maut: "Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya."  Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut:  "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam."  Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah".


Maka Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s".  Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, ratai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut. 

Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah,"  maka Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah."  Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti dekat pintu syurga.


Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza.  Nabi Idris berkata "Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.


Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar.  Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga.  Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya kedalam syurga,"  maka Nabi Idris masuk kesyurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. 

Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga.  "Hai Idris, keluarlah engaku dari syurga." Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar Allah SWT telah berfirman "Tiap-tiap orang misti merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah SWT berfirman lagi maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki nerakan dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya: "Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).


"Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga."


Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya."


Subhanallah......


Sumber: http://mukmin.com.my/

Kelebihan Berpurdah

- Allah akan tingkatkan Nur pada wajah 13x ganda daripada wajah asli. Kecantikan waajah seseorang wanita terletak bila Allah beri Nur wajah ini.


- Manfaat di dunia dengan memakai purdah sepenuhnya.


- Di syurga Allah beri 70x ganda kecantikan Laiba (Ketua Bidadari). Inilah manfaat rohani dan akhirat jika wanita ini dapat amalkan purdah. Ini merupakan satu rahmat dan nikmat Allah.


- Siti Fatimah berkata padaRasulullah S.A.W, "Hai Rasulullah jika seseorang dapat menjaga auratnya itu adalah lebih manis daripada MADU tetapi untuk mengamalkannya adalah lebih halus dari seurat rambut kerana untuk menjaga seurat rambut adalah amat susah.

- Siti Fatimah r.a dapat menjaga auratnya dengan sepenuhnya hingga akhirat kelak apabila dia hendak melintasi Titian Sirat, Allah S.W.T memerintahkan semua supaya tunduk dan berpaling pandangan mereka dari melihat Siti Fatimah r.a. Beliau sungguh pandang berat pada aurat hingga beliau meninggalkan wasiat supaya jika ia meninggal dunia maka kebumikan beliau pada waktu malam supaya tidak siapa dapat melihat samada beliau kurus atau gemuk, tinggi atau pendek.



MasyaAllah....adakah masih ada wanita seperti ini...